di sudut yang terpencil..dia duduk memeluk lutut..pelupuknya lembab..seulas merah bibirnya terketar-ketar menahan rasa..julang api semalam semakin reda..hirisan hatinya yang tersiat halus dikunci di dalam kotak cinta yang gelap tiada lagi bunyi bunyian atau cahaya menerobos..lalu dibuang jauh ke pusat dunia agar tak bisa lagi dicapai oleh tangan lahanat..warna pasrah yang menggarisi wajahnya diraup..kemudian ditekup..menghempas segala rasa yang berbaur lalu menjadi satu...aku memeluk kejap derita...merayu rayu..merintih pada bahagia agar singgahlah walau sedetik dihatiku yang tandus..di sudut itu juga..yang aku lihat panorama..aku lihat kau memuja bintang baru yang bersinar bergemerlapan menerangi alam..walhal akulah dulu di sana..sialan menerjah rasa..apa kau tak redha hal ini?apa kau sanggup mencium kakinya yang telah memijak lumat jiwamu itu?hati boleh menjerit sesuka hati..memarahi memaki..tetapi yang sakit..yang luka..yang pedih itu aku...jauh aku jatuh di seberang sana..meronta-ronta menggapai bahagia yang semakin beterbangan..hulurlah sedikit cahayamu..agar biasannya mampu terpercik mengenai aku..lalu menerangi atmosfera dunia aku walaupun sedetik cuma..aku pasti bersyukur.. berterima kasih pada kau..kemudian aku merasakan seperti ada hijab menutupi mata deritaku..ada seperti sehelai sutera lembut membaluti jiwaku yang kontang..lalu menyalurkan sedikit ketenangan yang hakiki..terima kasih.
dahlia hutan.
Tuesday, July 31, 2012
Sunday, July 29, 2012
cuai
jangan kau terlalu alpa dengan permintaan dunia..kerana dialah yang sentiasa akan mmbawa bala jika kau tak pandai mencongak cara..jangan ikut tunggangan nafsu..kerana bila dia menguasai engkau..mata kau akan terus layu digoda syaitan yang bertopengkan oranng..dan apabila kau hendak bangkit..dia akan mula perlekehkan kau..sehingga kau merasa tiada guna kau hidup..dan teruslah kau duduk dibawah kakinya yang penuh nanah dan memnbusuk itu..yaa..kasut yang dipakai itu amat elok..dan sesiapa yang memandangnya akan memuji..walhal hanya pakai di kaki..dunia ini memandang akan rupa n luaran sahaja..
Saturday, July 28, 2012
tersungkur
mengharapkan pelangi petang ketika tiada hujan..bagaimana bisa melangkah jika kaki dilingkari bebola besi yang berat..walhal ia cuma sekadar khayalan..lukisan cerita yang kau lakarkan seindah impian..tetapi tangan yang kau guna penuh dengan palitan kotor..aku tahu...tangan yang kotor itu boleh dibasuh..tapi bila??..kau suka melengahkannya..darah beku yang satu itu kau yang punya..tapi aku yang merasa..
sebab aku ialah tubuhmu..
sebab aku ialah tubuhmu..
Subscribe to:
Comments (Atom)