Aku nampak
kau..
Berdiri
tegak di hadapan cermin di sudut bilik ku yang berselerak..
Sambil
tersenyum kau pandang aku..
Kabur mataku
dengan air jernih bertakung di kelopak mata..
Menahan
rindu yang membuak..
Rambut kusut
aku kemaskan..
Kau tetap
setia berdiri di situ..
Tanpa riak
bosan..
Tanpa
mengeluh..
Perlahan
lahan aku menangis lagi..
Tertahan
tahan hingga sesak dadaku seakan mahu pecah..
Namun aku gagah
melangkah..
Bertatih
sambil memaksa membalas senyum..
Memberitahu
bahawa aku okey..
Kau juga jalan
dengan perlahan..
Memandang
aku dengan tenang..
Amat
tenang..
Hingga aku
rasa lapang..
Lalu kita
berdiri rapat menghadap..
Perlahan
lahan aku memeluk..
Menikmati harum
tubuh
Sambil jari
jemari kau membelai lembut rambutku..
Sungguh
asyik hingga aku tak sedar
cuma kabus
sejuk yang aku rasa..
Memeluk
perasaan ku..
Lalu aku
buka mata
Hanya biasan
sebatang tubuhku
Yang penuh
dengan kesedihan
Kekecewaan
Keseorangan
dan
kesunyian
Berdiri
tegak di dalam cermin di sudut bilik ku yang berselerak..
Lalu diri terasa
ringan
Dan
pandangan bertukar hitam..
dan biarlah
selamanya begitu..
kerana aku tidak
mampu untuk melawan takdir..
dan menerima
bahawa kau telah pergi..
AL- FATIHAH
untukmu..
DH