Tuesday, December 10, 2013

mirror



Aku nampak kau..
Berdiri tegak di hadapan cermin di sudut bilik ku yang berselerak..
Sambil tersenyum kau pandang aku..
Kabur mataku dengan air jernih bertakung di kelopak mata..
Menahan rindu yang membuak..
Rambut kusut aku kemaskan..
Kau tetap setia berdiri di situ..
Tanpa riak bosan..
Tanpa mengeluh..
Perlahan lahan aku menangis lagi..
Tertahan tahan hingga sesak dadaku seakan mahu pecah..
Namun aku gagah melangkah..
Bertatih sambil memaksa membalas senyum..
Memberitahu bahawa aku okey..
Kau juga jalan dengan perlahan..
Memandang aku dengan tenang..
Amat tenang..
Hingga aku rasa lapang..
Lalu kita berdiri rapat menghadap..
Perlahan lahan aku memeluk..
Menikmati harum tubuh
Sambil jari jemari kau membelai lembut rambutku..
Sungguh asyik hingga aku tak sedar
cuma kabus sejuk yang aku rasa..
Memeluk perasaan ku..
Lalu aku buka mata
Hanya biasan sebatang tubuhku
Yang penuh dengan kesedihan
Kekecewaan
Keseorangan
dan kesunyian
Berdiri tegak di dalam cermin di sudut bilik ku yang berselerak..
Lalu diri terasa ringan
Dan pandangan bertukar hitam..
dan biarlah selamanya begitu..
kerana aku tidak mampu untuk melawan takdir..
dan menerima bahawa kau telah pergi..

AL- FATIHAH untukmu..

DH





No comments:

Post a Comment